XPDC Gg Kinabalu

Menjelajahi Bumi Allah

Wednesday, December 10, 2008

pukul 8.30pg aku sudah tercegat di depan hotel marco polo... rahman berjanji untuk menjemputku..sebaik saja sampai di WOP sebelum memulakan mesyuarat aku berjumpa dengan Sree, sebagai tanda hormatku kepada tuan rumah...seperti biasa aku mendengar saja ngomelannya...bagai semua orang tidak kena pada pandangannya...aku malas untuk memanjangkan perbualan kami lalu meminta izin untuk memulakan mesyuarat. Mesyuarat kali ini aku pecah kepada 4 sessi bersama 3 kilang syarikat ku di Sabah.

Sengaja aku kumpulkan mereka di Tawau kerana aku dah malas untuk bergerak dari sebuah kilang ke sebuah kilang. Penat dan tiada apa lagi yang menarik perhatianku di Sabah. Disebelah pagi aku akan bersama team dari Tawau dan belah petangnya aku akan bersama dengan team dari Lahad Datu. Pagi esok aku akan bersama lagi dengan team dari Lahad Datu lagi dan di sebelah petangnya aku akan bersama dengan team dari Sahabat. Begitulah perancanganku untuk misi kali ini.

No comments: