XPDC Gg Kinabalu

Menjelajahi Bumi Allah

Friday, December 28, 2007

Black Belt

Kelmarin pada tanggal 27 Disember adalah diantara hari yang sungguh melegakan sepanjang tahun 2007. Bebanan yang aku galas selama lebih kurang setahun dapat ku selesaikan dengan cemerlang. Aku lulus peperiksaan Six Sigma-Black Belt. Dengan itu secara tak rasmi aku dah layak bergelar Black Belt - Six Sigma. Hanya menunggu hari 'konvo' untuk mendapat pengtauliahan secara rasmi.

Sebenarnya aku pun tak minat nak involve dalam six sigma nih... tapi dah terpilih nak buat macam mana. Dalam syarikat aku seluruh Mesia nih, kononnya aku diantara 10 orang yang paling bertuah sebab dipilih mengikuti kurus black belt. Intro semasa pelancaran cukup mengujakan.. barangsiapa yang layak bergelar Black Belt.. market valuenya sekitar RM15K. Syarikat aku spend lebihkuang RM30k untuk seorang perserta kursus nih, so.. paham-paham jer lah..lepas dapat sijil masing-masing nanti, bersiap sedia la kena tambat dengan syarikat aku selama 3 tahun... baru padan muka aku. Hati kecik aku berbisik 'betul ke syarikat aku nak bayar aku 15k bila aku certified nanti'.... yang kuat pada masa tu 'syarikat aku nie plawok jer nak bayar gaji aku banyak tu' .

Sebenarnya aku baru lega selepas assignment sebelum ni dihantar ke FPG selama 3 bulan untuk pastikan kilang aku dapat 85% dalam QAKE. Ni bala baru pulak sampai...

Sesiapa yang mengikuti kurus black belt nih, dia kena attend class selama 4 minggu dalam tempoh 4 bulan, dalam masa yang sama kena buat satu projek siap dengan coaching pastu last skali ke sit exam.

Alhamdullilah semua tu aku dah lepas. Itu pun setelah betungkus lumus dengan semua benda yang aku tak minat dan bedepan dengan seketriat yang lembab dan tak cekap langsung dan pandai buat janji-janji kosong jer. Yang paling sedih skali, sampai hari ni pun, aku rasa syarikat aku tak ada clear direction untuk implement six sigma nih..

Anyway yang penting aku dah lulus dan aku dah laksanakan tanggung jawab aku....So sekarang nih aku boleh demand kat syarikat aku kot....RM15k

Thursday, December 20, 2007

Kesungguhan Dalam Kerja

"Kita kena buat training bot tu hari ni jugak, sebab esok kita dah mula guna bot tu angkut anggota kita ke Pekan" CD dengan nada tegas membuat keputusan. Aku lihat jam di handphone sudah pukul 6.20ptg. Aku mula mencongak. Bot masih belum diangkat ke atas lori, enjin bot masih tersadai dalam bilik gerakan. Dari SeRIA ke TP amik masa lebih kurang 20 minit. Memunggah turun bot ke tasik pun amik masa. Enjin pun belum tau boleh dihidupkan."Ana serah urusan bot ini pada anta dan Mudrikah, ana dan RBN nak ke Cherok Paloh untuk tinjau jalan alternatif" sambung CD.
Aku memang tiada pengalaman langsung dalam mengendalikan bot ni. Apatah lagi nak suruh jadi tekong membawa doktor dan paramedik meredah banjir dan merentasi beberapa sungai di Pekan termasuk Sg Pahang yang lebar dan mengalir deras. Semangatku mula goyah dan hatiku berbelah bagi tapi bila ku lihat susuk tubuh Jamal dan Mudrikah yang agak lasak, sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk aku laksanakan asignment yang diberikan pada senja itu.
Hari semakin gelap, tanpa membuang lebih banyak masa, kami segera memunggah bot keatas lori. Awie akan bawa enjin bot menggunakan MPVnya. CD mengarahkan anak-anaknya seramai 4 orang, Safwan, Aiman, Izat & Asraf untuk membeli minyak gear dan 2T. Kami berjanji bertemu di TP.
Sampai di TP kami memunggah turun bot dan enjinnya dari kenderaan masing-masing. "Siapa bawak pertol" tanya Jamal. Kami berpandangan sesama sendiri. Aku menjangka anak-anak CD yang bawa pertrol. Ahh! petrol tertinggal di SeRIA. Aku segera mengarahkan Aiman berpatah balik ke SeRIA untuk amik petrol. Sementara menunggu petrol. Kami mengantikan minyak gear enjin bot tersebut.
Hari semakin gelap, jam menunjukkan pukul 7.30pm. Aiman datang dengan 2 tong putih yang berat. Mudrikah segera membuka penutup tong putih yang dibawa Aiman untuk di isi ke bekas khas petrol bot tersebut. Setelah mengisi 2T ke dalam bekas tersebut kemudian disi petrol yang dibawa oleh Aiman. Setelah beberapa minit menuang " Ahh!! ini diesel bukan petrol" keluh Mudrikah. Aiman telah tersalah ambil. Aku bertambah jengkel tapi tidak menyalahkan Aiman kerana tong-tong petrol dan diesel yang berada di SeRIA memang tidak berlabel.
Aku menelefon SJH untuk membantu mengambil petrol di SeRIA. Sementara menunggu petrol sampai, kami menunaikan solat maghrib di surau TP.
Selesai solat kami kembali ke tasik TP. SJH sampai dengan membawa 1 tong petrol. Melalui bau yang kami hidu, kali ini memang sah petrol yang dibawa SJH. Petrol diisi ke dalam bekas petrol bot. Kemudian kami pasang enjin pada bot yang telah sedia di permukaan tebing tasik.
Jamal kemudian cuba menghidupkan enjin bot tersebut. 2 kali cubaan Jamal gagal. Aku datang membantu Jamal, aku tarik starter tersebut sekuat hati.... alhamdullilah dengan izin Allah motor hidup.... Kami menghabiskan masa lebihkurang 2 jam bergilir-gilir menguji pandu bot tersebut dalam kegelapan malam. Semuanya tersenyum puas.

Sesungguhnya setiap yang kita usahakan bersungguh-sungguh, insyallah kita pasti akan mencapai kejayaan, lebih-lebih lagi dalam usaha menegakkan deen Allah SWT. Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk melihat sejauhmana kesabaran kita. Yang penting kita sentiasa ikhlas dalam beramal, pasti Allah akan membantu kita.

Tuesday, December 18, 2007

Relawan Banjir

Seminggu ni aku sibuk dgn misi bantuan banjir HALUAN Pahang. Ahad lepas sepatutnya aku terlibat dalam misi ke Kg Ubai, tapi disebabkan masalah transpot yang agak limited, so hajatku tak kesampaian. Aku tersangkut di km 24, menunggu giliran naik bot angkatan tentera. Semakin tengahari semakin ramai orang ramai membanjiri kawasan tersebut. Bukan untuk menjadi relawan tapi nak tengok keadaan banjir yang jarang kali berlaku. Ada yang datang laki bini dan ada yang bawa anak-anak bersama. Keadan tak ubah macam pesta.

Lebihkurang pukul 12.30thg aku dan 2 orang rakan yg lain membuat keputusan membatalkan misi hari tersebut. Kami kumpulan yang tidak akan bermalam di pusat pemindahan sbb esok kami kena ke pejabat. Jadi rasanya tak berbaloi kalau pergi tengahari, petang dah nak balik. Itupun kalau ada bot yang balik ke Kuantan.

Sedang kami menaiki pajero. Tiba-tiba ternampak kelibat 2 anggota Haluan yang baru mendarat dari bot penambang. Mereka baru menamatkan misi bantuan di Pekan. Seronok jugak dengar cerita daripada member yang lepas pergi, pengalaman naik bot meredah pokok dan menjadi paramedik membantu doktor KKH.

Sesungguhnya banjir kali ini banyak memberi pengajaran baru kepada ahli Haluan dalam melaksanakan D&T dan dalam usaha memperkenalkan Haluan kepada masyarakat.