XPDC Gg Kinabalu

Menjelajahi Bumi Allah

Thursday, December 20, 2007

Kesungguhan Dalam Kerja

"Kita kena buat training bot tu hari ni jugak, sebab esok kita dah mula guna bot tu angkut anggota kita ke Pekan" CD dengan nada tegas membuat keputusan. Aku lihat jam di handphone sudah pukul 6.20ptg. Aku mula mencongak. Bot masih belum diangkat ke atas lori, enjin bot masih tersadai dalam bilik gerakan. Dari SeRIA ke TP amik masa lebih kurang 20 minit. Memunggah turun bot ke tasik pun amik masa. Enjin pun belum tau boleh dihidupkan."Ana serah urusan bot ini pada anta dan Mudrikah, ana dan RBN nak ke Cherok Paloh untuk tinjau jalan alternatif" sambung CD.
Aku memang tiada pengalaman langsung dalam mengendalikan bot ni. Apatah lagi nak suruh jadi tekong membawa doktor dan paramedik meredah banjir dan merentasi beberapa sungai di Pekan termasuk Sg Pahang yang lebar dan mengalir deras. Semangatku mula goyah dan hatiku berbelah bagi tapi bila ku lihat susuk tubuh Jamal dan Mudrikah yang agak lasak, sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk aku laksanakan asignment yang diberikan pada senja itu.
Hari semakin gelap, tanpa membuang lebih banyak masa, kami segera memunggah bot keatas lori. Awie akan bawa enjin bot menggunakan MPVnya. CD mengarahkan anak-anaknya seramai 4 orang, Safwan, Aiman, Izat & Asraf untuk membeli minyak gear dan 2T. Kami berjanji bertemu di TP.
Sampai di TP kami memunggah turun bot dan enjinnya dari kenderaan masing-masing. "Siapa bawak pertol" tanya Jamal. Kami berpandangan sesama sendiri. Aku menjangka anak-anak CD yang bawa pertrol. Ahh! petrol tertinggal di SeRIA. Aku segera mengarahkan Aiman berpatah balik ke SeRIA untuk amik petrol. Sementara menunggu petrol. Kami mengantikan minyak gear enjin bot tersebut.
Hari semakin gelap, jam menunjukkan pukul 7.30pm. Aiman datang dengan 2 tong putih yang berat. Mudrikah segera membuka penutup tong putih yang dibawa Aiman untuk di isi ke bekas khas petrol bot tersebut. Setelah mengisi 2T ke dalam bekas tersebut kemudian disi petrol yang dibawa oleh Aiman. Setelah beberapa minit menuang " Ahh!! ini diesel bukan petrol" keluh Mudrikah. Aiman telah tersalah ambil. Aku bertambah jengkel tapi tidak menyalahkan Aiman kerana tong-tong petrol dan diesel yang berada di SeRIA memang tidak berlabel.
Aku menelefon SJH untuk membantu mengambil petrol di SeRIA. Sementara menunggu petrol sampai, kami menunaikan solat maghrib di surau TP.
Selesai solat kami kembali ke tasik TP. SJH sampai dengan membawa 1 tong petrol. Melalui bau yang kami hidu, kali ini memang sah petrol yang dibawa SJH. Petrol diisi ke dalam bekas petrol bot. Kemudian kami pasang enjin pada bot yang telah sedia di permukaan tebing tasik.
Jamal kemudian cuba menghidupkan enjin bot tersebut. 2 kali cubaan Jamal gagal. Aku datang membantu Jamal, aku tarik starter tersebut sekuat hati.... alhamdullilah dengan izin Allah motor hidup.... Kami menghabiskan masa lebihkurang 2 jam bergilir-gilir menguji pandu bot tersebut dalam kegelapan malam. Semuanya tersenyum puas.

Sesungguhnya setiap yang kita usahakan bersungguh-sungguh, insyallah kita pasti akan mencapai kejayaan, lebih-lebih lagi dalam usaha menegakkan deen Allah SWT. Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk melihat sejauhmana kesabaran kita. Yang penting kita sentiasa ikhlas dalam beramal, pasti Allah akan membantu kita.

No comments: